hover animation preload

Cara Sholat Taubat
by Unknown in

Sholat sunat Taubat bererti sholat memohon ampunan dan taubat Nasuha kepada Allah SWT Sholat ini dilakukan sebanyak dua rakaat. Syarat-syarat Sholat Taubat ialah:
  1. Menyesal atas segala perbuatan dosa yang dilakukan.
  2. Menyucikan diri daripada perbuatan dosa dan berhenti daripada melakukan maksiat serta meminta ampun atas apa yang telah dilakukan kepada Allah SWT, memohon maaf kepada manusia terhadap dosa yang berkaitan dengan harta benda, batin dan jiwa. Mengqadhakan segala apa yang telah terlupakan seperti amalan-amalan sembahyang, puasa dan lain-lain semampu kita.
  3. Berjanji tidak akan melakukan lagi segala perbuatan tersebut serta menjauhkannya.
Cara Mengerjakannya
Lafaz Niat:
lafaz-niat-solat-taubat
Artinya: “Aku niat sholat sunat Taubat dua rakaat karana Allah Taala.”
Bacaan
Pada rakaat pertama membaca surah al- Fatihah dan surah al-Kafirun.
surah-al-kafirun-rakaat-pertama-solat-taubat
Pada rakaat yang kedua membaca surah al-Fatihah dan al-Ikhlas.
surah-al-ikhlas-rakaat-kedua-solat-taubat
Kemudian sesudah salam bacalah wirid dan istighfar ini:
wirid-istighfar-solat-taubat
dan akhirnya bacalah doa yang biasa dibaca untuk memohon ampunan dan taubat kepada Allah SWT.
Doa taubat juga boleh dibaca secara beramai- ramai seperti berikut:
doa-taubat-astaghfirullah
Artinya: “Aku meminta ampun kepada Allah.” (3X)
doa-taubat-kembali-pada-allah
Artinya: “Kami bertaubat kepada Allah dan kami kembali kepada-Nya.”
doa-solat-taubat-menyesal
Artinya: “Kami menyesal atas apa yang telah kami lakukan.”
doa-solat-taubat-berazam-tidak-mengulangi
Artinya: “Dan kami berjanji tidak akan mengulangi lagi dosa-dosa tersebut untuk selama-lamanya.”
doa-solat-taubat-berlepas-diri-dari-agama-selain-islam
Artinya: “Dan kami berlepas diri dari segala urusan agama yang bertentangan dengan agama Islam.”
doa-solat-taubat-naik-saksi-allah-maha-esa
Artinya: “Dan kami bersaksi bahwa tiada Tuhan melainkan Allah yang Maha Esa dan tiada sekutu bagi-Nya.”
doa-solat-taubat-nabi-muhammad-saw-pesuruh-allah
Artinya: “Dan kami bersaksi bahawa Nabi Muhammad utusan Allah, selawat dan salam ke atasnya.”
kami-redha-allah-sebagai-tuhan-kami
Artinya: “Kami ridha Allah sebagai tuhan kami.”
dan-agama-allah-sebagai-agama-kami
Artinya: “Dan agama Allah sebagai agama kami.”
selawat-dan-sejahtera-kepada-nabi-muhammad-saw
Artinya: “Selawat dan sejahtera ke atas Nabi Muhammad SAW sebagai nabi dan rasul.”
pelihara-nabi-muhammad-saw-dan-keluarga
Artinya: “Ya Allah peliharalah ke atas nabi Muhammad SAW, keluarganya dan para sahabatnya, semoga selamat sejahtera.”
berlakulah-lembut-pada-kami-dan-orang-beriman
Artinya: “Berlakulah lembut dan belas kasihan ke atas kami serta orang-orang yang beriman.”

Sumber : cara solat taubat atau keseluruhan panduan Qiamullail dari JAKIM (malaysia) dalam bentuk PDF di sini.
posted: acoselboghory

0 komentar:

Posting Komentar